Wednesday, January 20, 2010

Sekadar renungan

Salam sejahtera

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab
mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang
tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia
yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak,
isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah
"tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah
untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian
itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ...
"tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup!
Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak
kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah
perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam(anak tidak pulak
membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang
patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )


4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."
kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - " Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku" . Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, " Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam

kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,

"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

P/s- So jangan la jadi anak yang tidak kenang budi...Selalu kata tak sempat lah...apa lah...tapi buat benda-benda pelik banyak masa...esok kita pun akan ada zuriat dan hidup ni mcm roda gak...lu buat orang so lu kena la plak ...moral of the story lu piker la sendiri bagi yg masih ada mak bapak tuh termasuk la gua gak masih belum terlambat untuk dimulakan..

Wednesday, October 21, 2009

Orang asing

Salam sejahtera,

Berlalulah sudah bulan syawal yang disambut secara sederhana tetapi meriah.Tamatlah sudah acara rumah terbuka yang kebiasaan nya dianjurkan oleh saudara mara dan sahabat.Saya pun tak ketinggalan memenuhi setiap jemputan rumah terbuka sahabat sahabat yang diadakan kebiasaan pada hari sabtu atau ahad,ada rumah yang terpaksa diketepikan atas faktor kesuntukan masa atau anak meragam kerana penat.

banyaklah rumah yang saya kunjungi tak kiralah rumah teres ker,banglo,semi D mahu pun apartment ataupun kondo.Satu yang menarik perhatian saya apabila berkunjung kekondo atau apartment biasanya kita akan diminta oleh pengawal keselamatan untuk mengambil pas keselamatan sebelum memasuki premis.Rata rata menurut permerhatian saya boleh dikatakan hampir 95 % pengawal keselamatan ini terdiri daripada orang asing yang sudah pasti bukan berasal dari negara kita.Sejenak saya terfikir secara tak langsung keselamatan diri serta harta benda kita terletak kepada orang asing ini yang kita tak tahu latar belakang mereka.

saya bukanlah anti orang asing,tak dinafikan kita masih memerlukan tenaga tenaga asing ini dibeberapa sektor tetapi pada pandangan saya bukan untuk sektor yang melibatkan keselamatan harta benda kita dan juga keselamatan keluarga kita.Harapan saya agar kerajaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi perkara ini.

Salam.

Thursday, October 15, 2009

Terkenang Arwah Abah




Salam sejahtera,

Hari ini tiba tiba hati menjadi tersangat rindu kepada arwah abah.Kebetulan hari ni khamis yang merupakan hari arwah abah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya.

Abah merupakan seorang yang sangat tegas dan serius.Jarang sekali melihat abah tersenyum.Ada orang mengatakan yang saya mengikut perwatakan abah,susah tersenyum.Abah juga pada saya merupa seorang yang tabah dalam menghadapi penyakit yang dialami nya selama ini.Kini sudah 3 kali syawal kami beraya tanpa abah.Terasa rindu yang teramat sangat untuk mencium dan memeluk abah.Namun apakan daya saya tak bisa memutar waktu.Hanya Al fatihah dan doa yang dapat menghilangkan kerinduan terhadap abah.

Kepada sahabat sahabat yang masih mempunyai ibubapa hargailah mereka semasa hayat mereka masih ada.

Salam

Wednesday, October 14, 2009

Update

Salam Sejahtera,

agak lama juga tak update blog ni disebabkan kesibukan terlampau.Terlalu banyak perkara yang berlaku dan perlu diselesaikan dalam tempuh beberapa bulan kebelakangan ini.Kerja macam biasa lah, orang kerja sendiri ni kenalah rajin berganda sebab kalau tak der kerja tak der gaji,tambahan pulak sibuk mengubahsuai rumah baru yang perlu disiapkan menjelang raya tak termasuk lagi mencari barang barang rumah.

Alhamdu lillah segala urusan boleh dikatakan hampir selesai keseluruhannya.Terima kasih buat isteri tersayang yang banyak membantu dan memahami situasi ketika itu.Insyallah lepas raya ni cadang nak buat buat doa selamat di rumah baru.Buat isteri tersayang Ryn dan anakanda Arysha Sofea insyallah selesai semua perkara masa untuk kita sekeluarga pergi bercuti.Lokasi nya tengok akaun bank dulu kalau banyak angka kosong kat hujung kita pergi luar negara kalau tak dalam negeri je dulu.

Insyallah lepas ni blog ni akan diupdate dengan berita berita terkini serta gambar gambar terbaru.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua saudara mara serta sahabat sahabat sekelian.Jumpa lagi.

Salam.

Sunday, August 9, 2009

Wabak

Salam sejahtera,

Sekarang ini heboh satu dunia dilanda wabak penyakit H1N1.Setiap hari angka kematian semakin meningkat hingga menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat.Berbagai bagai saranan telah dibuat oleh kerajaan bagi mengambil langkah berjaga jaga.

Sebenarnya bukan H1N1 saja yang perlu kita takutkan.Banyak lagi penyakit penyakit merbahaya yang telah meragut nyawa umpamanya denggi,malaria,kanser,darah tinggi,kencing manis ,sakit jantung dan bermacam macam lagi.Mengikut statistik boleh dikatakan setiap hari manusia mati disebabkan penyakit penyakit yang disebutkan di atas tetapi tidak diwar warkan di dalam akhbar kerana bagi masyarakat penyakit ini biasa dan tidak mudah menjangkit.

Kita tertanya tanya apakah langkah pencegahan yang diambil oleh pihak yang berkenaan bagi menghalang ataupun membasmi penyakit H1N1 ini.Mengikut lapuran penyakit ini berpunya dari virus yang dibawa oleh sejenis binatang yang bernama khinzir atau Babi.Teringat ketika negara dilanda wabak selesema burung/ayam maka banyaklah ayam ayam yang dikatakan punca penyakit dihapuskan.Begitu juga ketika penyakit kuku dan mulut ramai penternak yang mengalami kerugian ekoran binatang ternakan tersebut dihapuskan.

Bagi wabak H1NI ini pula apakah tindakan yang serupa tidak boleh diambil sedangkan dunia tahu bahawa punya penyakit ini berpunya daripada khinzir atau babi ini.Kalau untuk mencegah denggi maka kita disarankan menghapuskan punya nya iaitu nyamuk maka sampailah masa nya pihak yang berkenaan mengambil langkah serupa dengan menghapuskan kinzir atau babi ini.Rasanya orang orang cina juga setuju sekiranya dilaksanakan tindakan ini kerana mereka juga takut keluarga mereka diserang wabak penyakit ini.

Sebarang tindakan pihak yang berkenaan perlulah meletakkan kepentingan rakyat dahulu daripada sentimen kaum sesuai dengan motto YAB Dato Seri Najib Tun Razak "rakyat didahulukan'.

Salam.

Kempen Silat Cekak Hanafi

Salam sejahtera,


Berikut disiarkan tulisan oleh Wak Kiyai yang menarik untuk direnungkan bersama.


Salam.....

Angka 50,000 amat menakutkan bagi Wak Kiyai....bukan apa...dah biasa buat acara yang agak besar juga sebelum ini tapi takla begitu besar. Sepanjang Wak Kiyai mengenali Silat Cekak ni ada beberapa acara besar yang Wak Kiyai lalui antaranya termasuklah Perayaan 21 tahun Silat Cekak dan lain-lain.

Diluar bidang persilatan pula banyak juga acara yang Wak Kiyai telah lalui serta mengendalikannya . Berbagai acara yang kita sertai bermacam rencam dan masaalah yang akan timbul demi untuk menjayakan acara yang akan dilansungkan. Mengenang kembali segala pengalaman yang dilalui pada masa lalu, maka timbullah berbagai persoalan yang bermain difikiran berkaitan Kempen Silat Cekak Hanafi ni.

Sedia maklum ramai orang telahpun membaca tajuk berita akhbar ini. Yang foward lalu blog serta laman-laman web jangan ceritalah lepas ni. Maka berbagai andaian serta telahan dan pendapat akan terpancul memberi komen mereka masing-masing.Ini bergantung dari sudut mana mereka berdiri dan berpihak.Ada yang berpandangan positif,negatif, neutral dan macam-macam lagi.....bercampur baur....eh ye ke...hak yang benar nie...fuu yooh....alah...ini cakap orang politik...nak dapat publisiti murahan lah si Mat nie....dan banyak lagi ...you name it.

Wak Kiyai sebagai pendokong perjuangan ini sudah semestinya menerimanya secara positif. Kita semua mesti menyahut seruan kempen ini dan anggaplah ia sebagai suatu cabaran. Jika Jeneral sudah meniup trompetnya takkan soldadu serta tentera bawahan masih tidur dan terlena diulit mimpi. Ini kes berat.

Namun begitu bagi sesetengah pihak pula, kenyataan En.Mat ni dinilai dengan senyuman sinis.Rakan-rakan pembaca buatlah tafsiran sendiri. Wak Kiyai dah biasa dengan keadaan sebegini rupa. Dalam hati Wak Kiyai berkata " Aku buat ni bukan pasal engko orang, tapi pasal persatuan.Aku tak mau projek ni gagal. Bila berjaya, persatuan juga dapat nama dan engko orang juga yang tersengeh-sengeh tunjuk muka macho dan claim I belong to this association. Bila gagal, aku kena tiau kow-kow.Jari telunjuk yang berbagai-bagai jenis dihalakan kat aku dan rakan-rakan.Tapi tak pe...Ustaz kata kita kena buat kerja dengan IKHLAS." Itulah petua yang Wak pakai.

Disebabkan telah melalui pengalaman sebeginilah Wak Kiyai berani menyahut cabaran yang lebih besar lagi dimasa-masa selepasnya hinggalah kehari ini.Wak Kiyai nasihatkan rakan-rakan supaya menyahut seruan dan cabaran ini supaya dengannya ia akan memberikan suatu pengalaman yang amat-amat berguna sekiranya dikehendaki pada masa akan datang selepas daripada Kempen Silat Cekak Hanafi ini.

Sehingga hari ini rasanya tak puas untuk menyertai dan melibatkan secara aktif acara-acara besar seperti ini kerana Wak Kiyai berpandangan ia akan menambahkan kemahiran yang sedia ada serta memantapkan pendirian kita dalam memartabatkan perjuangan yang semestinya tak akan selesai sehinggalah kiamat.(Fikir-fikirkanlah).

Naik semangat Wak Kiyai dan kobar-kobar rasa hati hendak melihat kempen ini berjaya walaupun Wak Kiyai sedar pada masa itu warna putih telah mendominasi kepala Wak Kiyai dan ramai yang memanggil Wak Kiyai pak cik dan bukannya abang seperti masa-masa dulu.Tak pe lah nak buat camno....dah nasib aku.

Dari segi akademiknya,ia banyak menyentuh tentang topik Pengurusan Strategik serta topik Sosial dan Polisi Kerajaan. Teringat kembali semasa Wak Kiyai melanjutkan pelajaran diawal 90'an....ni lah bendanya yang aku belajar sampai naik kejang mata dan berkerut kening nak fahamkan apa benda yang pensyarah aku ajar ni...naik poning den dibueknyo...sebabnya aplikasi belum dilaksanakan lagi....hanya teori aje...

Well my dear young friends....let us take this opportunity without any fear and favour...think positive .....kerana .....KAU BOLEH MELAKUKANNYA.....!!!!!!!

renung renungkan,

salam.

Thursday, July 23, 2009

Melayu mudah lupa

Salam sejahtera,
Artikel ini ditulis oleh Ybg Tun Mahathir,sesuatu yang perlu kita renungi bersama.


KAKI DALAM KASUT
By
Dr. Mahathir Mohamad


1. Di forum anjuran Gempita dan UMNO bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.



2. Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan "ketidakadilan" terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).



3. Saya tidak tahu samada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.


4. Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.



5. Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.



6. Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.



7. Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30% bagi bumiputra (walaupun mereka adalah 60% dari penduduk) dan 40% bagi kaum lain serta 30% bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20%, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50%, walaupun mereka hanya 26% dari jumlah penduduk.



8. Nilai harta milik bumiputra pula berjumlah 15% sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan bumiputra disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.



9. Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.



10. Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.



11. Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?



12. Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82% dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan - kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).



13. Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82% kepada 60%. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?



14. Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan "Tanah Melayu" digugur dan cantuman negeri - negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.



15. Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.



16. Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.



17. Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?



18. Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.



19. Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya - lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.


renung renungkan ,salam