Thursday, May 21, 2009

Silat Cekak Hanafi Di Istana Budaya




Salam sejahtera,

Pada 16 dan 17 Mei 2009 lalu bertempat di Panggung Lambang Sari Istana Budaya,Kuala Lumpur, Silat Cekak Hanafi telah dijemput untuk mengadakan persembahan silat sempena teater bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa. Persembahan khas dua hari berturut turut ini telah disempurnakan oleh 20 orang ahli daripada Ibu Pejabat, Kuala Lumpur. Teater ini mengisahkan penceritaan sastera melayu lama mengenai Panglima Merong Mahawangsa yang ada berkaitan dengan negeri Kedah .


Persembahan bermula pada jam 8.00 malam dan telah disaksikan seramai 300 orang hadirin yang terdiri dari pelbagai golongan masyarakat.Persembahan teater tersebut telah dimulakan dengan persembahan Silat Cekak Hanafi dan disusuli dengan persembahan teater Merung Mahawangsa.


Tahniah dan syabas kepada semua ahli yang terlibat di dalam menjayakan program tersebut.

Salam.

Tuesday, May 19, 2009

Wajadiri Sarawak 2009


Salam sejahtera,

Pada 16hb Mei yang lalu saya dan beberapa orang ahli MMK Cekak Hanafi telah kebumi Sarawak untuk menghadiri mesyuarat Wajadiri Sarawak 2009.

Mesyuarat dijadualkan bermula pada pukul 2.30 petang di kampus UNIMAS tetapi disebabkan masalah komunikasi bilik mesyuarat berkunci, maka terpaksalah venue lain dicari.Setelah melalui sessi 'treasure hunt' ( mengikut kata Sdra Amin Zainul SUA kita) akhirnya mesyuarat telah dijalankan di bilik seminar Hotel Grand Continental Kuching.

Mesyuarat dipengerusi oleh pengarah program Tuan Hj Maliki.Alhamdu lillah mesyuarat berjalan lancar dan banyak perkara yang sudah pun dilaksanakan.Mengikut senarai semasa jumlah penyertaan setakat ini adalah seramai 915 orang.Jumlah ini dijangkakan meningkat berikutan surat perlepasan untuk pelajar sekolah telah pun diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kepada ahli ahli yang belum membuat pengesahan untuk ke Sarawak sila lah berbuat demikian secepat mungkin bagi meramaikan lagi penyertaaan biarpun ada pihak yang mengatakan 'Ramai tak semesti benar'

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh ahli jawatankuasa Wajadiri Sarawak 2009 dan warga Cekak Hanafi Sarawak atas kerja keras anda semua.Terima kasih yang tak terhingga atas layanan yang diberikan semasa kami berada di sana,yang pasti kepingin Ayam Penyek lagi di Gerai Bonda.

Salam.

Selamat Hari Guru.


Salam sejahtera.

Seperti yang semua sedia maklum 16hb Mei merupakan Hari Guru.Bersempena dengan Hari Guru saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan insan yang bergelar Guru terutama sekali kepada YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Hj Hanafi.Saya berada di Sarawak menghadiri mesyuarat Wajadiri pada 16 Mei yang lalu.Saya sempat mengirim teks sms kepada YM Mulia Tuan Guru Hj Md Radzi yang berbunyi,
'Selamat menyambut Hari Guru buat Tn Guru yang dikasihi,jasa mu akan dikenang hingga akhir hayat,halalkan segala ilmu yang dicurahkan selama ini'

Semuga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada YM Tuan Guru agar dapat meneruskan perjuangan yang suci ini.

salam.