Thursday, June 25, 2009

Majlis Bicara Guru

Salam Sejahtera,

Alhamdu lillah ,malam tadi 25 hb Jun jam 8.45 malam telah berlangsung satu majlis Bicara Guru bertempat di rumah persatuan Silat Cekak Hanafi di Taman Melawati.

Majlis Bicara Guru kali ini di hadiri oleh ahli keluarga Almarhum Ustaz Hanafi dan seramai lebih kurang 150 orang ahli disekitar lembah kelang.Ada juga ahli yang datang dari cawangan Johor dan Negeri Sembilan.

Program pada malam tadi telah disempurnakan oleh YM Tuan Guru Haji Md Radzi Bin Hj Hanafi yang telah menyampaikan ceramah berkenaan mengenang jasa Ibu,Bapa dan Guru.Antara intipati ceramah beliau bagaimana hendak meletakkan kedudukan Ibu Bapa dan kesan nya di dalam kehidupan kita seharian agar mendapat kerberkatan dunia dan akhirat.Beliau juga menekankan betapa hebat dan perkasa nya kedua Ibu Bapa sehingga memperolehi barkat dan keramah.Tak lupa juga peranan Guru yang memberikan ilmu serta mendidik kita kearah melakukan perkara perkara yang mendatangkan kebaikan dalam diri kita serta membentuk jatidiri kearah insan sejati.

Di akhir ceramah YM Tuan Guru mengajak semua ahli agar sentiasa lebih taat dan patuh kepada kedua Ibu Bapa dan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan kedua Ibu Bapa serta Guru kerana ketiga tiga insan ini tidak akan kianat kepada kita.Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam.

'Kedua ibubapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
jika derhaka bencana menimpa
akhirat kelak masuk neraka'


Semuga semua yang hadir mendapat kerberkatan ilmu dan sama sama menghayati intipati ceramah yang telah disampaikan oleh YM Tuan Guru.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengarah Program Saudara Razlan Razak dan Pengerusi MPIP saudara Karem Husin dan barisan jawatankuasa yang terlibat.

Salam.